G-Shock amat dikenali sebagai jam tangan tahan lasak dari Casio yang berasal dari Jepun. Kali ini Casio memperkenalkan telefon pintar Android pertama G-Shock mereka dengan ciri-ciri hebat jam tangan tahan lasak tersebut. Kami rasakan dengan kehadiran telefon ini nanti boleh dikatakan ianya telefon Android paling lasak setakat ini.
Dengan ketiadaan butang sentuh kapasitif seperti telefon Android lain, ianya digantikan dengan butang fizikal seakan-akan ciri-ciri jam tangan G-Shock di bahagian tepinya. Telefon ini mempunyai ciri-ciri hebat seperti ketahanan terhadap gegaran, air dan tekanan. Bahagian belakangnya dibuat daripada besi ( aloi ) dan bahagian lain daripada resin/plastik. Setakat ini belum ada berita bila ianya akan berada di pasaran Malaysia mahupun luar negara.Jadi, kepada yang berminat dengan telefon ini ataupun keluarga G-Shock, diharapkan anda dapat menunggu.
Sumber : Phandroid





