All posts in Market

Potongan Harga Aplikasi Screencast Di Android Market Sekarang!

Screencast ialah sebuah aplikasi dimana anda boleh merakam skrin telefon/tablet Android anda didalam bentuk video atau gambar. Aplikasi ini digunakan oleh kami di MalayAndroid bagi tujuan rakaman untuk artikel kami. Berita baik untuk mereka yang berminat, anda boleh dapatkan aplikasi ini dengan harga potongan hanya USD 0.99 sahaja buat masa terhad sempena merayakan muat turun aplikasi mereka yang ke 100,000. Harga asal aplikasi ini ialah USD 3.99. Syarat utama untuk anda menggunakan aplikasi ini ialah telefon atau tablet anda perlu di ‘root’ terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan aplikasi ini melalui link Android Market kami berikan di bawah atau terus melalui Android Market telefon anda.

Screencast – Android Market

Semua Gameloft Berharga $0.99 Bermula Disember 29 Harini

Jikalau anda seorang pengguna Android yang menyukai permainan, ini berita baik untuk anda, syarikat Gameloft akan memberikan diskaun terhadap semua permainan mereka untuk promosi akhir tahun iaitu berharga $0.99 (RM3.13) bermula Disember 29, 2011 hari ini hingga 5 Januari, 2012.

Namun pada masa sekarang kami melihat dalam Market, masih belum lagi ditukarkan harganya kepada promosi dan kami menjangkakan ianya akan bermula dengan masa di Amerika sana. Antara permainan Gameloft yang popular adalah seperti Modern Combat 3: Fallen Nation, Asphalt 6: Adrenaline HD, N.O.V.A. 2 HD, Assassin’s Creed™, The Adventures of Tintin HD dan lain-lain.

Anda boleh lihat semua senarai permainan Gameloft dalam Market disini.

Sumber: Android Police

Promo 10 Billion Android Market Hari Ke #9

Promo 10 Billion aplikasi Android kembali lagi, dan hari ini kita telah masuk hari yang ke-9, dan berikut adalah senarai aplikasi tersebut:

SwiftKeyX
Sleepy Jack
Deer Hunter 3D
EzPDF
Tank Riders
Zenonia
Collapse
MX Moto
Guns and Glory
Toddler Tapping Zoo

Pada hari Jumaat esok merupakan hari terakhir kepada promo 10 billion Android Market ini, dan pada kali ini kami sangat berpuas hati dengan senarai yang Google berikan, kerana hanya satu aplikasi yang diulang kembali ke dalam promo dan selebihnya adalah baru. Selamat membeli!

Link: 10 Billion Downloads!

Android Market Versi 3.4.4 Boleh Dimuat Turun Sekarang

Kami mendapat maklumat bahawa fail APK untuk Android Market versi 3.4.4 kini sudah mula tersebar di Internet, dan kami baru sahaja mengemaskini Android Market ke versi yang baru ini namun sehingga kini kami masih belum mengesan sebarang perubahan atau penambahbaikan dalam versi baru ini. Walaubagaimanapun, menurut komen dari beberapa pengguna mendapati terdapat peningkatan kelajuan semasa meluncur dan juga paparan yang lebih lancar.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan fail APK Android Market versi 3.4.4 ini boleh la memuat turun dari laman web perkongsian fail berikut:-

Kami sedang cuba untuk mendapatkan lebih banyak maklumat atau senarai changelog untuk Android Market versi 3.4.4 ini, sebarang info akan kami update dari semasa ke semasa.

[via AndroidPolice]

Lookout Mobile Security – Ancaman ‘RuFraud’ Di Android Market.

Lookout, sebuah syarikat keselamatan peranti bimbit untuk telefon pintar melaporkan semakin banyak ancaman penipuan dilaporkan terutamanya untuk telefon Android.Mereka menggelarkan ancaman baru ini sebagai ‘RuFraud’.Para penipu dikatakan menggunakan taktik mengubahsuai aplikasi mahupun permainan popular di Android market sebagai sasaran menyebarkan aplikasi ‘RuFraud’ mereka.Untuk mengelakkan dikesan, sesetengah aplikasi pula tidak menggunakan aplikasi atau permainan popular, sebaliknya hanya menggunakan produk yang berkaitan dengan aplikasi/permainan tersebut seperti wallpaper, nada dering dan sebagainya.Malah dikatakan ‘RuFraud’ ini juga di ‘masukkan’ ke dalam aplikasi percuma sedia ada dari Android Market dan seterusnya aplikasi yang sudah diubahsuai itu di muat naik ke dalam laman perkongsian fail percuma dan alternatif kepada Android Market.

Continue reading →

Promo 10 Billion Android Market Hari Ke #6

Promo 10 Billion aplikasi Android kembali lagi, dan hari ini kita telah masuk hari yang ke-6, dan berikut adalah senarai aplikasi tersebut:

Endomondo Sports Tracker PRO
Great Little War Game
SimCity™ Deluxe Untuk pengguna luar dari U.S: SimCity™ Deluxe
Backbreaker Football
Raging Thunder
BackStab HD
Captain America
Jenga
Update! Just Me and My Mom

Untuk senarai hari promosi ke-6 ini, kami hanya dapat menemui 9 aplikasi dan permainan sahaja setakat ini yang Google masukkan untuk promo 10 Billion mereka, dan peringatan bagi mereka yang bercadang ingin membeli permainan SimCity™ itu nanti, terdapat 2 versi untuknya, satu untuk pengguna U.S. dan satu untuk antarabangsa, pastikan nama pembangun adalah ‘Electronic Arts Nederland B.V.’ dan bukannya ‘Electronic Arts Inc.’. Kami pun tak faham mengapa Electronic Arts perlu buat begitu.

Continue reading →

Promo 10 Billion Android Market Hari Ke #5

Promo 10 Billion aplikasi Android kembali lagi, dan hari ini kita telah masuk hari yang ke-5, dan berikut adalah senarai aplikasi tersebut:

Apparatus
The Sims 3
SlideIt Keyboard
Snowfall Live Wallpaper
Asphalt 6: Adrenaline HD
Season Zen HD
Pano
Drop7 by Zynga
Age of Zombies
Kids Connect The Dots

Tinggal 5 hari sahaja lagi promosi ini berjalan, diharap anda tidak tertinggal membeli sebarang aplikasi atau permainan yang anda minati. Selamat hujung minggu!

Link: 10 Billion Downloads!

Promo 10 Billion Android Market Hari Ke #3

Promo 10 Billion aplikasi Android kembali lagi, dan hari ini kita telah masuk hari yang ke-3, dan berikut adalah senarai aplikasi tersebut:

Blue Skies Donation Wallpaper
Homerun Battle 3D
Reckless Getaway
Talking Tom Cat 2
Kids Learn to Read (Preschool)
ADWLauncher EX
Space Physics
Toki Tori
Can Knockdown 2
TETRIS®

Ceritakan kepada kami manakah aplikasi atau permainan yang anda telah beli hari ini.

Link: 10 Billion Downloads!

Infografik: Prestasi Terkini Android Market

Seperti yang anda mungkin sudah tahu, Promo 10 Bilion sudah bermula minggu ini, dan pasukan pembangun Android telah mempamerkan beberapa maklumat yang penting dalam bentuk infografik untuk prestasi Android Market.

Infografik ini diambil kira hingga hari ke-2 promo besar-besaran Android Market tersebut, dan melihatkan negara jiran kita Singapura adalah antara pengguna Android yang aktif membeli sepanjang Android Market telah wujud, bagaimana dengan anda rakyat Malaysia?

Sumber: Android Developers

Pilihan Aplikasi Untuk Diskaun $0.10 Hari Ini – Minecraft

image

image

image

image

Bersempena Google meraikan 10 billion download mereka di Android Market bermula hari ini, kami di Malay Android juga tak mahu melepaskan peluang membeli salah satu indie game yang sangat popular ketika ini dan terdapat dalam Android, iaitu Minecraft.

Minecraft merupakan game yang memberikan anda sebuah dunia untuk mencipta pelbagai rupa bentuk mengikut kreativiti anda, samada monumen,  bangunan, rumah, bandar atau mungkin kampung anda sendiri dengan menggunakan blok yang anda boleh dapati didalamnya.

Ianya sangat menyeronokkan dan anda boleh lihat banyak demo pemain mereka mencipta dunia mereka sendiri didalam laman video YouTube.

Kami di Malay Android mengucapkan selamat mencuba dan kongsikan jika anda ada video dunia Minecraft anda dengan kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site