Samsung memperkenalkan sebuah ketuhar seramik baru dari mereka yang dikenali dengan nama ‘Zipel’. Apa yang menarik tentang ketuhar ini ialah ianya dikuasakan oleh Android!. Ketuhar dengan Android ini dilaporkan dapat ‘bercakap’ dengan anda apabila anda memasukkan makanan untuk dimasak dengan memberitahu kepada anda maklumat tentang makanan berkenaan seperti informasi tentang berat dan kandungan kalori makanan berkenaan. Selain ditetapkan dengan 160 tetapan masakan makanan ( banyak tu! ) ianya dapat membuat penyambungan dengan telefon pintar Android anda juga untuk kawalan dari telefon anda. Untuk pengetahuan setakat ini sebenarnya sudah terdapat perkakasan rumah yang dikeluarkan oleh pengeluar elektronik lain ( walaupun ianya bukan Android ) yang sudah dapat berinteraksi dengan telefon Android anda melalui sambungan WiFi. Anda boleh lihat contoh aplikasi ini di Android Market seperti yang dikeluarkan LG dan Pioneer dimana mereka sediakan untuk barisan ‘Smart TV’ dan sistem hiburan rumah mereka.
Walaubagaimanapun ketuhar ini buat masa ini hanya terdapat untuk pasaran Korea, iaitu negara asal pengeluar Samsung ini.
Sumber : Phandroid














