All posts in Nvidia

Sonic The Hedgehog 4 Episod 1, Sekarang Di Android Market.

 

Sebelum ini kami ada mengumumkan di dalam artikel blog kami tentang Nvidia dan Sega akan mengeluarkan permainan video klasik ‘Sonic The Hedgehog’ untuk Android, nampaknya saat itu telah tiba apabila mulai sekarang anda boleh memuat turun permainan video itu untuk Android anda di Android Market dengan harga USD3.99.  Kepada yang berminat, sila dapatkannya sekarang!.

Sonic The Hedgehog, Episod 1 Android Market

Sony Walkman Siri Z, Ianya Android.


Sony mengumumkan mereka akan melancarkan siri Sony Walkman terbaru mereka iaitu Siri Z kepada pasaran Eropah dan U.S pada bulan hadapan selepas pelancarannya di pasaran Jepun lewat tahun lepas. ‘Walkman’ ialah cap dagangan milik Sony yang merupakan sangat terkenal satu masa dulu bagi peralatan audio peribadi. Apa yang menarik ‘walkman’ generasi baru ini mendapat sentuhan Android ( Gingerbread ) dan di kuasakan dengan pemproses berkuasa daripada NVIDIA Tegra 2 dengan skrin seluas 4.3 inci, kebolehsambungan WiFi, HDMI dan DLNA. Ianya ditawarkan dengan variasi 8GB, 16GB dan 32GB. Oleh kerana ianya ialah ‘walkman’ maka alat ini tiada kebolehan untuk membuat panggilan dan tanpa kamera dan bila ianya akan berada di pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Untuk spesifikasi, sila ke sini.

SEGA Dan NVIDIA Membawakan ‘Sonic The Hedgehog 4 – Episode 2′ Pada 2012

Anda mugkin pernah bermain pemain video ini pada konsol permainan video. Watak utama merupakan seekor landak berwarna biru yang bernama ‘Sonic’ yang dapat berlari laju. Bersama ia menyelamatkan kawan-kawannya di samping terdapat bonus sepanjang perjalanan aksi anda.

SEGA mengumumkan sedang bekerjasama dengan NVIDIA bagi membawakan permainan tersebut ke peranti Android dengan mengambil peluang penggunaan TEGRA 3. Untuk pengetahuan ‘Sonic The Hedgehog 4 – Episode 1′ hanya terdapat pada peranti iOS sebelum ini. Peranti Android TEGRA 3 buat setakat ini hanyalah tablet Asus Transformer Prime namun di katakan lebih banyak peranti akan menyusul sewaktu CES 2012 sedikit masa nanti. Berikut merupakan video trailer dari Droid Gamers berkenaan permainan tersebut.

Video – Lagi Permainan Video Menarik Untuk Android Tegra 3

Phosphor Games Studio mengumumkan permainan video dari mereka yang bertajuk ‘The Dark Meadow’, sebuah permainan video berunsur dunia misteri yang akan menyerang telefon dan tablet dikuasakan TEGRA 3 dari Nvidia seawal tahun hadapan.Di atas pengumuman ini maka bertambahlah koleksi permainan-permainan video menarik untuk peranti Android yang dikuasakan pemproses Nvidia itu walaupun belum banyak lagi peranti Android yang menggunakan pemproses tersebut.Sebelum ini Nvidia menontonkan permainan video ‘Shadowgun’ yang menggunakan tablet yang dikuasakan oleh pemproses mereka.Setakat ini hanya Asus Transformer Prime sahaja tablet yang menggunakan pemproses Nvidia tersebut dan tablet berkenaan belum boleh di dapati di Malaysia.

Saksikan video trailer permainan video tersebut di bawah.

 

Sumber : Phandroid

Video – Nvidia Tonton Kuasa TEGRA 3 Dalam Permainan Video Shadowgun.

Anda bersedia untuk pengalaman yang permainan video yang dipertingkatkan di telefon/tablet Android anda? Nvidia telah menunjukkan contoh permainan yang menggunakan pemproses terbaru mereka iaitu TEGRA 3 di laman YouTube rasmi mereka.Permainan video bertajuk ‘Shadowgun’ itu menunjukkan kuasa pemprosesan sebenar pemproses dan pemproses grafik dari Nvidia itu.

Permainan video ‘Shadowgun’ sebelum ini turut terdapat pada peranti Android yang menggunakan TEGRA 2.Apa yang diperhatikan kualiti gambar dari pemproses Tegra 3 adalah lebih menarik dengan gambar yang lebih teliti.Anda boleh perhatikan dari video (TEGRA 3) tersebut dimana anda boleh melihat bagaimana lampu berkelip dan asap kelihatan diwaktu bersama watak pemain mahupun musuh sedang bergerak.Malah anda juga boleh lihat bagaimana imej air dihasilkan dimana ianya lebih asli.Ini tidak seperti kualiti permainan ini untuk TEGRA 2 dimana ianya lebih kaku.

Walaupun setakat ini hanya satu sahaja peranti Android iaitu tablet ASUS Transformers Prime yang dilancarkan dengan pemproses ini,video ini bakal ‘meracun’ pengguna bagi memilih telefon atau tablet Android yang berkuasa TEGRA 3 pada masa akan datang terutamanya kepada para peminat permainan video.Dengan perkembangan ini,apakah pendapat anda?, adakah PS3,Xbox dan konsol permainan lain akan ‘pupus’ di masa akan datang?.Kita saksikan.

Video permainan ‘Shadowgun’  TEGRA 3

Video Permainan ‘Shadowgun’  TEGRA 2

Dengar-Dengar – Lenovo Tablet Android 10.1 & 5 Inci.

Engadget melaporkan Lenovo, sebuah syarikat komputer terkenal sedang dalam proses melancarkan tablet Android terbaru mereka.Apa yang menarik terdapat dua jenis iaitu tablet bersaiz 10.1 inci dan satu lagi dengan saiz seakan-akan Samsung Galaxy Note iaitu 5 inci.

Continue reading →

Dengar-Dengar – HTC Zeta, Telefon Android Empat Teras 2.5Ghz

Selepas kedengaran khabar angin yang HTC akan mengeluarkan telefon Android empat teras (Quad Core) pertamanya dengan nama HTC Edge, baru-baru ini terdapat ura-ura yang menyatakan HTC akan mengeluarkan telefon dengan pemprosesan empat teras lain yang diberi nama HTC Zeta ( nama kod, mungkin berubah ).Mengikut laporan daripada engadget , telefon berkenaan dikuasakan pemprosesan berkuasa sehingga 2.5Ghz dengan menggunakan pemproses daripada Nvidia Tegra 3 APQ8064.Nampaknya HTC beralih arah ke pemproses lain selepas beberapa model telefon mereka sebelum ini semuanya menggunakan cip daripada Qualcomm sebagai pemproses.

Continue reading →

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site