Berita baik!, sempena ‘Hari Kekasih’ ( walaupun anda tidak menyambutnya, anda tetap boleh membeli ) , SEGA mengumumkan menurunkan harga permainan video untuk Android keluaran mereka. Permainan video itu ialah ‘ Sonic CD ‘ dan ‘ Sonic The Hedgehog 4 – Episode 1 ‘ bermula 11 Februari sehingga 14 Februari iaitu esok adalah hari terakhir!. ‘ Sonic CD ‘ dijual dengan harga USD2.99 ( sebelum ini USD4.99 ) dan ‘ Sonic The Hedgehog 4 – Episode 1 ‘ dengan harga USD1.99 ( sebelum ini USD3.99 ). Jika anda peminat permainan video di Android anda, jangan lepaskan peluang ini. Sila ke Android Market sekarang!. Klik gambar di bawah untuk ke permainan video berkenaan di Android market.

















