Amaran! Ancaman Android.Counterclank

Symantec beberapa hari lepas telah mengumumkan apa yang dikatakan mereka bahawa serangan malware kepada telefon Android yang diberi nama Android.Counterclank yang dikatakan di sebarkan melalui aplikasi di Android market. Namun kategori ancaman itu disangkal oleh Lookout Mobile Security yang menjelaskan ancaman tersebut bukan malware atau virus tetapi ianya adalah rangkaian iklan agresif yang dicipta oleh pihak tertentu dan dikatakan ianya tidak terlalu merbahaya kepada pengguna Android. Dikatakan ancaman terbaru ini tidak mencuri data yang penting para pengguna sebaliknya dikatakan ianya mengambil data IMEI unik telefon anda. Berikut senarai apa yang dapat dilakukan oleh ancaman terbaru ini.

1. Mengambil data IMEI unik telefon anda.

2. Menghantar iklan melalui ‘Push Nofication’

3. Menempatkan ikon ‘Search’ mereka ke desktop/home Android anda.

4. Menempatkan ‘Bookmark’ mereka pada pelayar internet Android anda.

Pengguna Android di nasihati memeriksa ‘app permision’ yang ditunjukkan sewaktu proses pemasangan aplikasi terlebih dahulu dan anda berhak membatalkan proses tersebut jika anda mengesan sebarang permintaan yang mencurigakan atau yang anda rasakan tidak perlu bagi aplikasi berkenaan. Lookout Mobile Security dikatakan sedang mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Sebarang pertanyaan sila kemukakan di ruangan komen.

Sumber – Lookout Mobile Security

 

Real Steel HD, Permainan Baru Untuk Android

 

Permainan video terbaru bagi memeriahkan dunia Android!. ‘Jump Games’ telah mengeluarkan sebuah permainan video terbaru kepada pengguna Android dengan melancarkan sebuah permainan diadaptasikan dari filem ‘Real Steel’. Permainan video ini seperti juga filem tersebut jika anda pernah menontonnya, anda dikehendaki berlawan tinju robot dengan berat 2000lbs tanpa peraturan itu di gelanggang dengan robot-robot pemain lain sehingga ke akhir hayat robot ( atau tablet/telefon Android) anda. Permainan video ini mempunyai dua mod permainan iaitu ‘Tournament’ dan ‘Free Sparring’. Didalam mod ‘Tournament’ anda dikehendaki melawan beberapa robot satu demi satu sehingga melawan raja robot iaitu ‘Midas’. Manakala dalam mod ‘Free Sparring’ anda berhak memilih dengan mana robot yang ingin anda cabari. Anda boleh dapatkan permainan ini di Android market sekarang dan sebelum itu sila lihat video trailer permaian tersebut di bawah.

 

Muat turun ‘Real Steel’ Di Android Market

Sonic The Hedgehog 4 Episod 1, Sekarang Di Android Market.

 

Sebelum ini kami ada mengumumkan di dalam artikel blog kami tentang Nvidia dan Sega akan mengeluarkan permainan video klasik ‘Sonic The Hedgehog’ untuk Android, nampaknya saat itu telah tiba apabila mulai sekarang anda boleh memuat turun permainan video itu untuk Android anda di Android Market dengan harga USD3.99.  Kepada yang berminat, sila dapatkannya sekarang!.

Sonic The Hedgehog, Episod 1 Android Market

Telefon Android Casio G-Shock, Segagah G-Shock!

 

G-Shock amat dikenali sebagai jam tangan tahan lasak dari Casio yang berasal dari Jepun. Kali ini Casio memperkenalkan telefon pintar Android pertama G-Shock mereka dengan ciri-ciri hebat jam tangan tahan lasak tersebut. Kami rasakan dengan kehadiran telefon ini nanti boleh dikatakan ianya telefon Android paling lasak setakat ini.

Continue reading →

Perbualan Video Secara Langsung Dalam Permainan Video – Gameloft & Verizon

Gameloft dan Verizon ( syarikat rangkaian telekomunikasi A.S ) dikatakan mengumumkan akan melakukan revolusi didalam permainan video pada telefon Android apabila memperkenalkan sokongan perbualan video didalam permainan video akan datang. Teknologi seakan yang terdapat pada Xbox dan PS3 ini dikatakan akan ditawarkan hanya pada rangkaian 4G ( LTE ) Verizon. Mereka telah memperlihatkan teknologi ini pada CES 2012 yang lepas dan buat setakat ini dikatakan hanya ada tiga permainan video Gameloft yang menyokong.

Bilakah ianya akan disokong oleh syarikat rangkaian telekomunikasi kita di Malaysia?. Dengar-dengar pada ketika ini terdapat syarikat telekomunikasi Malaysia yang didalam proses menaik taraf rangkaian mereka bagi menawarkan rangkaian 4G. Namun seperti yang kita ketahui YES 4G telah menawarkan perkhidmatan 4G dan didapati perkhidmatannya adalah terhad dan tidak berjaya menarik ramai pengguna.

Berikut merupakan video demonstrasi teknologi tersebut melalui permaian video Asphalt 6.

 

Sumber : Talkandroid

Potongan Harga Aplikasi Screencast Di Android Market Sekarang!

Screencast ialah sebuah aplikasi dimana anda boleh merakam skrin telefon/tablet Android anda didalam bentuk video atau gambar. Aplikasi ini digunakan oleh kami di MalayAndroid bagi tujuan rakaman untuk artikel kami. Berita baik untuk mereka yang berminat, anda boleh dapatkan aplikasi ini dengan harga potongan hanya USD 0.99 sahaja buat masa terhad sempena merayakan muat turun aplikasi mereka yang ke 100,000. Harga asal aplikasi ini ialah USD 3.99. Syarat utama untuk anda menggunakan aplikasi ini ialah telefon atau tablet anda perlu di ‘root’ terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan aplikasi ini melalui link Android Market kami berikan di bawah atau terus melalui Android Market telefon anda.

Screencast – Android Market

Google – Tingkat Sekuriti Log Masuk Ke Akaun Guna Kod QR Melalui Android Anda.

Anda pengguna Google yang kerap menggunakan komputer awam seperti di perpustakaan atau kafe siber?, Google memperkenalkan langkah sekuriti yang dipertingkatkan untuk pengguna mereka apabila para pengguna boleh memasuki akaun mereka dengan melalui Kod QR khas yang disediakan hanya untuk mereka dan perlu diimbas dengan aplikasi pembaca kod berkenaan pada peranti Android pengguna.

Anda perlu ke laman ini accounts.google.com/sesame untuk mendapatkan kod QR anda dimana ianya mempunyai tempoh masa iaitu ianya bertukar setiap kali anda ke laman tersebut. Kod QR yang mempunyai tempoh masa terhad itu perlu diimbas dengan aplikasi pembaca kod QR pada peranti Android anda dan seterusnya anda perlu aktifkan pelayar internet dan ke alamat kod QR tersebut menggunkan Android anda dan secara automatik pelayan Google akan mengenalpasti anda sedang menggunakan komputer awam berkenaan.

Di kala diwaktu ini banyak berlaku kecurian data peribadi secara dalam talian ataupun kecurian data log pada komputer awam, langkah Google ini memberikan penggunanya dan tentu sekali pengguna Android amnya perlindungan yang lebih bagi mengurangkan risiko berkenaan. Terutamnya pada komputer awam yang tidak diketahui status keselamatannya.

Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus & Galaxy Tab 10.1 Putih Di Kesan.

Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus di kesan dengan berwarna putih didalam sebuah laman sesawang Vietnam. Walaupun ianya tidak diketahui bila ianya akan atau bakal memasuki Malaysia, ini memberi bayangan ianya wujud dan jika anda meminati peranti ini dengan warna ini, jika anda sanggup bersabar apa kata anda tunggukan ketibaannya dipasaran Malaysia.

Sumber : VNExpress

Telefon Pintar Android Dengan Pemproses Intel Diperlihatkan Di CES 2012

Dalam majlis CES baru-baru ini, Intel banyak memfokuskan tentang komputer ultrabooks mereka kepada hadirin semasa sesi persembahan, namun Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Otellini juga ada berkata bahawa, Intel kini ada juga memberi tumpuan dalam membangukan pemproses mereka sendiri untuk telefon pintar.

Dipamerkan kepada orang ramai di lantai persembahan di Las Vegas Convention Center, Intel telah menunjukkan reka bentuk telefon pintar yang menggunakan Android dengan menggunakan cip baru mereka yang dipanggil Atom Z2460. Namun begitu, Intel masih belum bercadang untuk memasarkannya di pasaran konsumer, sebaliknya mereka mahu menunjukkan demo bagaimana pembangun telefon pintar boleh menghasilkan sesebuah peranti mereka dengan menggunakan cip Intel, dan bukan ARM.

Walaupun dukacita dengan pemberitahuan itu, namun kami tak sabar ingin mencuba peranti Android yang dikuasai dengan cip Intel tersebut. Mungkin di masa akan datang ia pasti akan muncul. Spesifikasi ringkas mengenai telefon pintar yang Intel pamerkan itu adalah: Paparan skrin 4-inci, kamera 8 MP, video hi-def, HDMI, giroskop 3D, WiFi, Bluetooth dan keupayaan NFC.

Sumber: Forbes

Telefon Android Intel Pertama Dunia, Lenovo K800 Diumum.


Pada CES 2012 semalam, INTEL telah mengumumkan telefon Android pertama dunia dikuasakan dengan pemproses mereka iaitu Lenovo K800. Telefon ini mempunyai skrin 4.5 inci dengan resolusi 720p dan ianya menggunakan UI dari Lenovo iaitu Mondrian UI. Malah ianya turut mempunyai teknologi WiDi ( Intel Wireless Display Technology ). Walaubagaimanapun telefon ini buat setakat ini hanya di tawarkan di China iaitu di rangkaian China Unicom. Telefon ini menjadi peranti Android yang pertama direka untuk bekerja dengan struktur pemproses INTEL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site